Wednesday, October 5, 2011

KELAS FROZEN FOOD 2 OKT 2011


Kelas frozen kali ini mengandungi 7 jenis kuih iaitu pau, bebola ubi, creampuff, samosa, donut, pizza dan choc moist cake. Peserta datang dari pelbagai negeri, Penang, Melaka, Klang, Shah Alam, Rawang dll. Pengalaman bersama kalian semua cukup manis dan akan sentiasa segar dalam ingatan. Bukan apa, inilah kelas yang paling ramai bertanya pelbagai soalan berkaitan teknik, proses sejukbeku. Ragam masing2 yang rata-ratanya happy go lucky membuatkan Wan rasa terhibur. Semoga kejayaan mengiringi kalian semua! Teruskan perjuangan dlm dunia bisnes ini! Cayo! Cayo!

Masa utk menabur keju pada pizza yang telah melalui proses proofing. Ini lah masa yg ditunggu-tunggu. Pizza kalau makan panas2.. emmmm.. best!

Walaupun proses membalut samosa agak rumit, mereka semua ni tidak berputus asa dan betul2 memanfaatkan masa yang ada utk bertanya itu dan ini. Wan rasa seronok sgt dengan kelas kali ni sebab semuanya banyak bertanya. Apa lagi Wan pun seronok la berkongsi serba sedikit cerita itu dan ini.

Peserta sedang sibuk membentuk donut sebelum proses proofing. Mereka benar2 bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan. Tabik spring!

No comments: