Tuesday, October 19, 2010

KELAS FROZEN 17 OKTOBER 2010


Kelas frozen kuih kali ini diadakan di Segi Food & Serviuces di Shah Alam. Peserta terdiri daripada Nurul (kiri sekali), Kak Latnah,Amalia (dua dr kanan) dan Kak Idayu (kanan sekali). Tengah: Wan dan Kak Norlee. Jenis kuih yang dipelajari pada kali ini adalah karipap, creampuff dan kuih bakar beserta 1 resepi percuma iaitu sardine rolls. Terima kasih semua. Wan seronok dapat berjumpa dan berkenalan sambil kita berkongsi pengalaman. Semuanya sporting belaka! Luv u all!

Kak Idayu, Nurul, Amalia dan Kak Latnah bersungguh-sungguh menyiapkan karipap yang akan dibakar nanti. Seronok bila buat kerja ramai-ramai macam ni kan?

Amalia sedang mengacau inti kastard untuk creampuff. Mudah dan sedap kan?

Peserta sedang belajar pipe creampuff sebelum dibakar. Nampak mudah kan? Tapi bila dah buat baru tau! hehehehe... Apapun... hasilnya WALLAAA!

No comments: