Saturday, June 12, 2010

KELAS FROZEN PADA 8 JULAI 2010


Tetamu Wan kali ini adalah Kak Noraini dari Sungai Merap, Bangi. Kak Noraini belajar membuat 6 jenis kuih iaitu creampuff, donut, kuih kasturi, karipap, chocolate moist cake dan samosa. Kak Noraini ni peramah orangnya dan suka berkongsi ilmu dengan Wan. Terima kasih Kak! Insyallah Wan jumpa akak untuk belajar buat kuih talam pulak. Ni tokey kuih talam tau! Jumpa lagi kak!

Kak Noraini sedang membentuk cream puff menggunakan piping bag. Kak Noraini ni pandai bisnes, ada kedai makan dan pasar mini di Sungai Merap, Bangi. Bisnes kuih talam, jangan cakap, memang akak kita ni pakar. Seronok dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan akak.

No comments: