Thursday, June 10, 2010

KELAS FROZEN FOOD PADA 6JUN 2010


Peserta kali ini adalah pasangan adi-beradik iaitu kiri, Kak Che Tom dari Shah Alam dan Kak Siti Asura dari Cheras. Kakak-kakak ni belajar membuat samosa, popia dan karipap. Mereka ni, anak-anak yang hantar untuk belajar kuih frozen. Sejuk perut ibu mengandung, sampai jenis kuih pun anak yang pilih, depa mai kelas je. Seronok betul Wan dapat berkenalan dengan kakak-kakak ni, orangnya senyum je, cakap lemah-lembut, bak kata omputih 'cool'. Jumpa lagi kak!

Kak Siti sedang meletakkan inti ke dalam doh karipap. Kak Siti dah 9 tahun buka kedai makan. Pandai masak akak kita ni tau!

Kak Che Tom (Tudung hitam) dan Kak Siti sedang membalut samosa.Wan suka betul berborak dengan akak berdua ni, orangnya cukup merendah diri. Wan belajar sesuatu daripada mereka.

No comments: