Sunday, June 27, 2010

KELAS FONDANT & SUGAR PASTE PADA 27 JULAI 2010


Kelas sesi petang adalah kursus membuat fondant & sugar paste meliputi cara membuat fondant, sugar paste dan royal icing. Ini adalah kelas yang paling ceria dan lawak pernah Wan kendalikan. Dari mula kelas sampai akhir, asyik ketawa dengan gelagat masing-masing menghasilkan fondant dan membuat bentuk-bentuk objek menggunakan sugar paste. Sebenarnya masing-masing sudah kepenatan terutamanya yang mengikuti kelas dari pagi, jadi hasilnya faham-faham je la. Tapi peserta semuanya memang kelakar dan bersungguh-sungguh menghasilkan rekaan sungguhpun agak payah kerana kali pertama membuatnya. Masih blurr kata orang. Tapi untuk menghasilkan rekaan yang menarik, perlu latihan yang banyak dan jangan sesekali jemu untuk mencuba. Cuba lagi! Wan doakan yang terbaik untuk peserta semua!

Salah seorang peserta, Ida sedang memerhatikan cara membuat fondant menggunakan teknik double boiling.

Inilah hasil kek cawan menggunakan fondant dan sugar paste. "Aku punya kek... aku punya suka lah!" heheheheeh...

Kami sedang mengayak dan menyukat gula aising untuk menghasilkan sugar paste.

Ini kek Azzwa, orang kuat komuniti Seri Annur Bandar Seri Putra. Cantik Reben Azzwa ye!

No comments: