Monday, June 28, 2010

KELAS CUPCAKES & DECO PADA 27 JULAI 2010 DI JALAN REKO, KAJANG

Kelas sesi pagi adalah kelas cupcakes yang mengandungi cara membuat kek vanila dan coklat (baking), ganache, krim jeli, buttercream, sugar syrup serta cara deco. Tapi sayang tak dapat bergambar kenangan bersama peserta. Lupa nak adakan sesi fotografi! Frust!

Inilah hasil kreativiti peserta kursus cupcakes. Sungguh menarik dan cukup cantik bagi first timer.

Siapa punya kek biru ni, angkat tangan? Saya punya cikgu! saya punya!. Warna matching! Pandai sayang ni!

Boleh tahan ye!

Cantikkan!

Ini adalah bahagian yang paling seronok untuk dibuat. Deco! Masing-masing sibuk menghias kek cawan dengan citarasa sendiri. Pandai pulak tu mengadun warna! Memang kreatif!

Salah seorang peserta kursus sedang mencuba untuk scoop adunan kek ke dalam paper cup. Happy je semua, suka Kak Wan! Mereka semua ni memang sporting dan ceria.

Peserta sedang mengacau ganache sehingga sebati.

No comments: