Saturday, September 3, 2011
KELAS MASAKAN UNTUK MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN (MABIQ)
Pada 7 Ogos 2011 dan 14 Ogos 2011, Mabiq menjemput Wan untuk mengadakan kelas masakan kepada pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada anak teruna yg sedang mengikuti program hafazan Al-Quran. Kelas pertama terdiri daripada biskut chocolate crunch dan sandwic gulung. Kelas kedua pula, aiskrim dan kek coklat lembap. Sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan. Terima kasih semua di atsa sokongan kalian!
Deco dik! jangan tak deco! Dah la pandai menghafal Quran, memasak pun tak kalah juga. Bakal calon menantu ni! hehehehe....
Jangan sangka mereka ni keras tangan! Semuanya begitu kreatif dan berseni dalam bab hias-menghias biskut ni. Tak percaya Wan dibuatnya!
Para peserta bersungguh-sungguh memepelajari cara membuat biskut choc crunch. Sungguhpun semuanya teruna idaman Malaya, mereka tidak kekok belajar memasak. Seronok Wan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment