Thursday, June 2, 2011
KELAS FROZEN FOOD 29 MEI 2011
Kelas frozen food pada kali ini diadakan di Shah Alam. Peserta datang dari pelbagai tempat. Ada dari Negeri Sembilan, Klang, Subang dll. Seronok bertemu dengan peserta yang rata-ratanya begitu aktif bertanya dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan membuat kuih. Semangat yang mereka tunjukkan semoga terus kekal dalam bidang perniagaan ini. Wan mendoakan seluruh kejayaan untuk kalian semua. Amin.
Tekun betul semua peserta ni melihat teknik2 yg ditunjukkan dlm kelas. Seronok betul wan dapat berkongsi banyak perkara dengan mereka.
Semua peserta kursus cuba membentukkan samosa mengikut cara yg ditunjukkan. Masing-masing bersungguh-sungguh mencuba menyipakan samosa ini. Wan seronok dapat berjumpa dengan kalian semua. Kelas yang amat menyeronokkan setakat ni! Peserta semua sporting. Luv u all!
Amboi! sibuk betul semua peserta menyiapkan kuih ye! Bagus!Bagus! Cuba paipkan creampuff tu betul-betul tau!Bila dah mahir, teknik ini mudah sgt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment