Monday, February 28, 2011
KELAS FROZEN FOOD 25 DECEMBER 2010
Peserta kali ini datangnya dari utara selatan timur barat Malaysia. Dari johor, Kuantan, Kedah, Klang dll. Demi kerana ilmu kita semua dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman. Kak Wan mendoakan seluruh kejayaan kepada kalian semua. Terima kasih!
Peserta kita kali ini adalah Akma dari Kuantan. Mereka ni datang bertiga. Sekarang buat frozen kuih sudah tidak menang tangan. Berkali-kali Akma kata pada Wan "Terima kasih Kak Wan. Tak sia-sia kami belajar dengan akak!" Alahai, janganlah macam tu dik. Malu akak! Alhamdulillah. Teruskan usaha sayang!
Uli dik! Jangan tak uli! Yang penting teknik rehatkan doh tu yang utama. Ingat pesanan ye!
Cubalah bentukkan creampuff tu molek2 dik! Ada besar ada kecil ada tembam ada macam lidi. Hehehe.... geli hati Wan dibuatnya! Tapi mereka semuanya berbakat.
Peserta sedang memerhatikan kek coklat lembap yang baru dimasak. Kek memang laris sehinggakan ada peserta yang berjkaya menjual 100 biji seminggu. Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment