Saturday, November 6, 2010

Kelas Frozen Food pada 31 Oktober 2010 di Kajang


Seramai 16 orang peserta mengikuti kursus frozen food yang mengadnungi 9 jenis kuih iaitu pizza, apam gula hangus, samosa, creampuff, kuih bakar, donut, popia, cucur badak dan choc moist cake. Wan seronok dapat berkenalan dan berkongsi sedikit pengalaman bersama peserta semua. Ada yang datang jauh daripada Johor, Negeri Sembilan, Cheras dan sebagainya. Jumnpa lagi sayang semua! Terima kasih!

Tekun betul peserta kita ni mendengar penerangan tentang kelas frozen ni. Bagus anak murid semua! hehehehe!!

Sambil sebahagian peserta membuat pizza, wan terangkan cara membuat samosa. Agak rumit sedikit pembuatannya tetapi perlu latihan selalu tau, baru boleh dapat skill tu ye, anak murid semua!

Peserta program tekun membuat donut dan pizza. Kelas ni seronok sebab ramai yang suka bertanya. Wan apalagi... memang suka nak berceloteh panjang. Kelas ni happening betul! Rindu semua!

Peserta teruja melihat proses menghasilkan creampuff. Ramai yang tidak pernah membuat kuih ini, Wan rasa seronok dapat berkongsi pengalaman yang boleh dimanfaatkan bersama.

No comments: