TARIKH: 6 MAC 2011 (AHAD)
MASA: 9.00 Pagi
TEMPAT:
Sek. Men Jalan Reko,
Kajang.
JENIS KUIH FROZEN:
1. CREAM PUFF
2. KARIPAP
3. SAMOSA
4. CUCUR BADAK
5. KEK COKLAT LEMBAP
6. PIZZA
7. DONUT
8. Kuih Bakar
MODUL PENGAJARAN:
1. Teknik Sejuk beku
2. Production Line
3. Shelf Life
4. Asas peralatan yg diperlukan untuk berniaga drp rumah.
5. Pembungkusan
6. Kaedah penyimpanan pra produk dan produk.
7. Cara penyediaan hidangan
8. Labelling
BAYARAN: RM 150.00
* SIJIL DISEDIAKAN
Monday, February 28, 2011
KELAS KEK & TART 28 FEBRUARI 2011
Peserta kali ini adalah Norlizai dari Subang Perdana. Ini personal kelas. Jadi Wan turun ke rumah Norli. Kelas yang diperlukan Norli pada kali ini adalah, swiss roll, kek blueberry, egg tart, blueberry cheese tart dan fruit tartlet. Minat yang begitu tinggi dalam diri Norli ni Wan harap dapat menjadi pencetus kepada kejayaan beliau kelak. Insyallah.... Selamat Berjaya sayang!
Ini fruit tartlet yang dihias dengan anggur merah. Menarik kan!
Inilah hasil kerja tangan Norli iaitu blueberry cheese tart. Rasanya... UMPPPHHHH! Sodap!
Norli baru hendak mula mencorakkan garisan pada keliling kek bluebrry ni. Dia ni memang halus dan teliti kerja tangannya. Bagus! Memang ciri yang penting sebagai usahawan dalam memastikan kualiti produk.
KELAS FROZEN FOOD 27 FEBRUARI 2011
Peserta kali ni datangnya dari Penang, Johor, Shah Alam, dll. Kelas ni istimewa sikit kerana buat kali pertama majoriti peserta berpangkat kakak dgn Wan. Selalunya ajar adik2. Syok betul dapat bertemu dengan kalian semua! Mereka ni begitu mengambil berat, ringan tulang dan yg pentingnya semangat mereka begitu tinggi. Tabik Spring pada kakak2 semua! I love u all!
Kakak2 kita ni sibuk menabur cheese pada pizza yang telah dibuat. Tak payah disuruh2, cepat je capai bahan2 yg patut utk dibuat topping pizza. Nilah ciri-cir usahawan berjaya yang kita cari!
Lipat kak! Jangan tak lipat! Peserta kali ni memang cepat belajar. Tunjuk sekali dua je cara melipat samosa, tangan dah ligat macam robot. Seronoknya Wan!
Tengoklah gelagat kakak-kakak kita semua ni. Happy sokmo! Seronok betul Wan kendalikan kelas ni. Tak terasa penatnya. Rindu kalian semua! Muahhh!!!!
Peserta kursus sedang menabur coklat urai ke atas kek coklat lembap. Mereka semua ni bukan calang-calang orang, ada yg sudah punya kedai, ada yang kendalikan katering, baru nak buka bisnes frozen food dll. Meraka semua ni begitu bersemangat dan yg penting sporting!
MAJLIS PERTUNANGAN UMEE NORNADIAH & YUSRI
Pihak sebelah lelaki pun tempah kek daripada Wan. Yusri nak kek bentuk hati berwarna ungu lembut. 1 kg RM 70.00 sahaja. Selamat Bertunang buat kalian berdua!
Nadiah tempah kek cawan coklat lembap fondant yg dicampurkan bersama fruit tartlet. Sebiji Fruit tartlet RM 1.80 dan kek fondant cawan RM 3.50 sebiji.
Tart buah ni utk hidangan tetamu.
PROJEK KUIH KASTURI
PROJEK BISKUT RAYA TELAH BERMULA
Biskut almond london dan biskut kelapa ni sebahagian daripada 10 jenis biskut yg telah Wan buat utk dihantar sebagai sample. Biskut ni utk diberikan kepada agen di Tanjung Malim. Sekarang baru bulan Februari tapi agen kita di sana sudah all out utk dijadikan biskut sepanjang musim iaitu tidak terhad kepada musim perayaan sahaja.
KELAS FROZEN FOOD 25 DECEMBER 2010
Peserta kali ini datangnya dari utara selatan timur barat Malaysia. Dari johor, Kuantan, Kedah, Klang dll. Demi kerana ilmu kita semua dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman. Kak Wan mendoakan seluruh kejayaan kepada kalian semua. Terima kasih!
Peserta kita kali ini adalah Akma dari Kuantan. Mereka ni datang bertiga. Sekarang buat frozen kuih sudah tidak menang tangan. Berkali-kali Akma kata pada Wan "Terima kasih Kak Wan. Tak sia-sia kami belajar dengan akak!" Alahai, janganlah macam tu dik. Malu akak! Alhamdulillah. Teruskan usaha sayang!
Uli dik! Jangan tak uli! Yang penting teknik rehatkan doh tu yang utama. Ingat pesanan ye!
Cubalah bentukkan creampuff tu molek2 dik! Ada besar ada kecil ada tembam ada macam lidi. Hehehe.... geli hati Wan dibuatnya! Tapi mereka semuanya berbakat.
Peserta sedang memerhatikan kek coklat lembap yang baru dimasak. Kek memang laris sehinggakan ada peserta yang berjkaya menjual 100 biji seminggu. Alhamdulillah
Tuesday, February 15, 2011
KELAS FROZEN FOOD PADA 27 FEB 2011 (AHAD)
TARIKH: 27 FEBRUARI 2011 (AHAD)
MASA: 9.30 Pagi
TEMPAT:
No. 13, Jln Saujana Indah 8,
Taman Perindustrian Saujana Indah,
40000 Shah Alam,
Selangor
JENIS KUIH FROZEN:
1. CREAM PUFF
2. KARIPAP
3. SAMOSA
4. CUCUR BADAK
5. KEK COKLAT LEMBAP
6. PIZZA
7. DONUT
MODUL PENGAJARAN:
1. Teknik Sejuk beku
2. Production Line
3. Shelf Life
4. Asas peralatan yg diperlukan untuk berniaga drp rumah.
5. Pembungkusan
6. Kaedah penyimpanan pra produk dan produk.
7. Cara penyediaan hidangan
8. Labelling
BAYARAN: RM 250.00
* SIJIL DISEDIAKAN
KELAS CUPCAKE & MUFFIN DI TMN MELAWATI
Pada 27 Disember, kelas kek cawan & muffin diadakan di Roseberry Bakery. Peserta datangnya dari Johor (Hermeyta, peserta kelas frozen yg Wan ajar di Kajang) dan Kak Ju,Setapak. Hermeyta ni antara peserta yang sentiasa ternanti2kan kelas anjuran Wan. Terima kasih sayang!
Hermeyta (kiri) dan Mak (panggilan manja) sedang bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan. Kalian memang sporting! I luv u!
Inilah hasil tangan peserta. Ada assignmnt tau! Hasilnya ok utk 1st timer. Cuba lagi!
TEMPAHAN KEK KAHWIN DARI KEMAMAM
Jihan dari Kemaman, Terengganu menempah kek choc moist 3 tingkat utk majlis perkahwinannya dengan tema hijau, pink & putih. Terima kasih sayng! Selamat Pengatin Baru, semoga kalian kekal bahagia hingga ke akhirat.
Kek choc moist utk hantaran kepada pihak lelaki dengan tema hijau silver. RM 70 utk 1kg
Jihan tempah choc moist cupcake sebanyak 50 pcs utk tanda hati kepada rombongan pengatin lelaki.
Majlis Pertunangan Umee Norhayati & Izzuddin
Kek choc moist cake fondant RM 60 utk 1 kg. Selamt Bertunang buat kalian berdua!
Blueberry cake juga utk hidangan tetamu.
Fruit tartlet utk hidangan tetamu dan hantaran sebelah lelaki daripada pihak perempuan.
Petit fours untuk hidangan pencuci mulut para tetamu. Krim perisa oren bersama anggur segar dengan sponge cake yang lembut. Yum!Yum!
Kek 3 tingkat tempahan daripada Kamunting, Kuantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)