Sunday, May 30, 2010

KELAS FROZEN 29 MEI 2010


Peserta kali ini adalah Kak Noor Hayati dari Kluang , Johor. Kak Noor belajar membuat 7 jenis kuih iaitu karipap, creampuff, cucur badak, donat, pizza, sardine rolls dan chocolate moist cake. Seronok Wan dapat kenal Kak Noor ni. Orangnya lemah-lembut, rendah diri dan paling seronok sambil membuat kuih Wan dapat berkongsi banyak pengalaman dan cerita menarik dengan Kak Noor. Rindu la kat akak! InsyaAllah kita jumpa lagi ye kak!

Kak Noor sedang mencanai doh pizza. Walaupun Kak Noor agak keletihan travel dari Johor dan menyiapkan tempahan kek pada hari sebelumnya, semangat kerja Kak Noor ni memang Wan tabik spring. Ini produk terakhir yang Kak Noor belajar untuk hari ini.

Kak Noor sedang membentuk creampuff menggunakan piping bag. Ok ke Kak Noor? Mesti lah ok kan!Kak Noor ni pandai buat kek tau! Sapa-sapa kat Kluang tu jangan lupa tempah kek dari kak Noor ye!

No comments: